about me


welcome to 5senstyle

Sunday 17 March 2013

Renungan Bersama

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

Kepentingan menjaga kesihatan diri adalah penting untuk diri kita, Adakah anda diluar sana tahu kepentingan menjaga kesihatan? hehehe. bagi pendapat aku menjaga kesihatan itu adalah penting kerana ia dapat mengelakkan diri kita mencegah pelbagai penyakit dan terus dengan gaya hidup sihat. sekiranya kita menjaga kesihatan kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada obesiti. kita juga dapat mengelakkan diri dari terkena penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis serta sebagainya. adakah anda tahu bagaimana hendak menjaga kesihatan diri? cara-cara nya mudah sahaja setiap hari kita perlulah mengambil makanan yang berkhasiat, bersenam, tidur yang cukup hehehehe...so marilah kita menjga kesihatan kita dengan baik  :)   

Friday 15 March 2013

Renungan Bersama : fikirkan perkara dibawah :)

hai semuanya bertemu lagi anda semua.. jom kita renungkan ayat dibawah heee...


-Dunia Itu Racun,
-Zuhud Itu Ubatnya
-Harta Itu Racun 
-Zakat Itu Ubatnya
-Kata Yang Sia-Sia Itu Racun
-Zikir Itu Ubatnya
-Seluruh Umur Itu Racun
-Taat Itu Ubatnya
-Seluruh Tahun Itu Racun
-Ramadhan Itu Ubatnya 


Kesimpulannya anda sendiri boleh comment hehehehehehe


Renungan Bersama- Perbezaan Manusia Persimis Dan Manusia Optimis

Perbezaan Manusia Persimis dan Manusia Optimis


hai semua hari ini aku ingin menulis tentang perbezaan manusia persimis dan manusia optimis.

Secara umumnya menusia dibahagikan kepada dua, iaitu manusia persimis dan manusia optimis. biasanya manusia yang persimis ini bersifat seperti selalu memandang dengan penuh curiga bagi apa sahaja yang berlaku manakala manusia yang optimis sering kali yakin dengan apa yang telah mereka lakukan. 

Manusia Persimis sering kali melihat sesuatu atau kejadian dari sudut yang negatif. bagi mereka hanya mereka sahaja yang benar tetapi bagi pihak lain akan selalu salah, tetapi bagi manusia yang berfikiran optimis tidaklah selalu menguntungkan, kadang-kadang merugikan jugak hehehehe... tetapi biasanya yang berfikiran permisis selalunya merosakkan dari segi psikologilah hehehe...contoh satu petikan daripada tokoh psikologi Sigmund Frued. " Manusia yang teruk ialah manusia suka atau cenderung menilai orang lain sebagai buruk, dan mereka akan menyatakan bahawa orang lain tidak akan sebaik mereka"  so mari kita renung-renungkan dan kita fikir-fikirkanlah samada kita ingin menjadi manusia yang permisis atau manusia yang optimis, so apakah pilihan ada semuanya hehehe selamat berfikir. chop... nanti sambung lagi..:)

Lahad Datu :Lihatlah pengorbanan anggota keselamatan kita

Guna mortar perangkap musuh


DUA anggota tentera berkawal di kawasan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian musuh di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Pengganas Sulu yang dipercayai bergerak pantas dalam kumpulan kecil bertambah tertekan apabila pasukan keselamatan bertindak melancarkan beberapa serangan mortar ke kawasan Sungai Nyamuk dekat sini semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, serangan di kawasan yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian musuh itu dilakukan bagi memastikan pengganas tidak keluar dari kawasan kawalan.
Katanya, perkara itu harus dilakukan sebelum operasi penggeledahan dibuat bagi memastikan keselamatan pasukan keselamatan lebih terjamin.
"Kita harus ingat mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan mengetahui selok-belok jalan di kawasan Sungai Nyamuk selain bergerak dengan pantas.
"Sebab itulah kita perlu lepaskan tembakan bagi memastikan mereka terus berada dalam kepungan. Kita mahu pastikan kumpulan ini tidak terlepas, tetapi dalam masa yang sama pasukan kami perlu berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

-Ehsan dari kosmo-.

Note : Bagi aku kita seharusnya bersyukur kerana kita mempunyai angggota keselamatan yang bersemangat teguh demi mempertahankan negara kita yang tercinta. mereka sanggup mengadaikan nyawa, meninggalkan keluarga tercinta, meninggalkan hobi mereka, meninggalkan aktiviti kegemaran mereka dan sebagainya  demi tugas negara. kita seharusnya memberi sokongan terhadap mereka, kerena mereka perlukan sokongan dari kita untuk terus tabah menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan negara. oleh itu mari kita semua kasi tabik hormat kepada anggota keselamatan kita, tabik semua :) , dan mari kita semua mendoakan keselamatan mereka disana... amin...... 

Thursday 14 March 2013

"Renungan Bersama" Islam menentang keganasan

Islam menentang keganasan

KEGANASAN dan kezaliman adalah antara wabak liar yang dipengaruhi oleh anasir yang tidak bertamadun dan akhirnya menyerapkan kerosakan di muka bumi. Keindahan dan kedamaian di bumi tidak seharusnya dirosakkan dengan ancaman keganasan. Beberapa negara telah hancur dan porak-peranda akibat keganasan yang melampau dipengaruhi oleh anasir luar.
Keindahan bumi kian malap lantaran tangan yang rakus dan ganas merosakkan kedamaian dan kesejahteraan. Jika dikaji dari segi sejarah, keganasan menyebabkan pembunuhan dan merosakkan harta benda disertai dengan peperangan dan penindasan dan berakhir dengan kesengsaraan hidup manusia.
Islam menentang segala bentuk keganasan. Konsep keamanan Islam merangkumi segenap lapisan penduduk dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Kesabaran dan kematangan fikiran penganutnya membuktikan kekuatan iman, kerendahan hati dan diri yang memancarkan kemuliaan.
Sebagai bangsa Melayu yang dididik dengan akal budi dan budaya luhur berteraskan Islam, kita seharusnya dapat menepis segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Islam dan seterusnya memperjuangkan kebenaran serta kesejahteraan sejagat umatnya.
Pada masa kini, Islam sering didakwa dan dikaitkan dengan keganasan. Dakwaan dan tohmahan ini timbul kerana perilaku segelintir individu Muslim yang kononnya melakukan atau terlibat dalam keganasan. Manakala bagi negara Islam yang tidak tunduk kepada kuasa Barat dilabelkan sebagai paksi atau penaja keganasan.
Semua dakwaan ini dicipta oleh musuh Islam untuk menakut-nakutkan masyarakat dunia terhadap Islam. Apakah benar Islam itu ganas dan menggalakkan umatnya berlaku ganas terhadap orang lain? Dua persoalan yang perlu dijawab yang perlukan penelitian dan kajian mendalam.
Kajian membuktikan sejak dahulu lagi kesejahteraan Islam bererti kesejahteraan ummah iaitu setiap umat Islam wajib memastikan bahawa dirinya mahupun orang lain dalam keadaan sejahtera.
Dia tidak boleh hidup dengan meminggirkan hak-hak orang lain. Islam itu sendiri bererti tunduk dan menyerah iaitu wajib tunduk dan patuh serta menyerah kepada Allah dalam erti mematuhi semua perintah dan menjauhi semua larangan-Nya.
Tunduk dan menyerah diri sepenuhnya, secara mutlak sama ada zahir mahupun batin hanya kepada Allah semata-mata dan tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain. Asas ketundukan dan penyerahan diri itu adalah pengakuan yang tulus dari lubuk hati, bahawa seluruh kejadian adalah ciptaan-Nya dan memahami serta menyedari Allah SWT membenci sifat orang yang ganas dan zalim.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Maka sesungguhnya hak Allah terhadap para hamba-Nya adalah agar menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya akan sesuatu. Sedangkan hak para hamba daripada Allah ialah Dia tidak akan menyeksanya terhadap mereka yang tidak menyekutukannya akan sesuatu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Islam dididik dan diajar supaya mempunyai sifat penyantun, pemaaf dan suka menolong untuk mengatasi kesusahan orang lain. Ciri-ciri kemuliaan Islam itu sangat jelas iaitu tiada paksaan dalam beragama iaitu yang menjurus kepada kesejahteraan, kedamaian dan ketenangan. Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memeluk dan menganut agamanya. Islam berkembang dengan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah.
Islam menegaskan bahawa setiap individu Muslim berkewajipan untuk mempertahankan maruah dan hak masing-masing dalam kehidupan mereka iaitu termasuk mempertahankan harta, maruah, agama dan keluarganya.
Oleh itu, Nabi SAW bersabda: "Orang-orang yang bersifat kasihan. Dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihani kamu." (riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi).
Lantaran itu, Islam menggalakkan umatnya berakhlak dalam segala keadaan yang merupakan sikap murni dan akhlak mulia dalam keadaan biasa dan aman. Islam juga melindungi hak semua golongan walaupun dalam peperangan.
Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah." (riwayat al-Hakim dan al-Tabrani)

Ehsan dari utusan malaysia

"Renungan bersama" Buat Baik Dibalas Baik

Buat baik dibalas baik

penglibatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat pasti memperoleh ganjaran hebat daripada Allah SWT.
HATI mana yang tidak sayu melihat nasib keluarga pahlawan yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Terlalu sedih memikirkan keadaan anak-anak yang ditinggalkan si bapa yang telah menjadi barisan hadapan semata-mata demi menjaga keselamatan tanah air dan rakyat.
Anak-anak kecil yang tidak memahami apa-apa berdiri di sisi jenazah bapa mereka menyebabkan air mata kita mengalir. Kadang-kadang, hati kita terfikir kenapa orang-orang yang telah melakukan kebaikan ini diuji sedemikian rupa?
Allah SWT adalah Maha Adil. Dia tidak pernah melupakan sesuatu perkara, sama ada kebaikan atau keburukan. Sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu pastinya ada balasan nikmat atau azab. Kita yang membuat pilihan berdasarkan akal fikiran kurniaan Allah SWT.
Pilihan itu yang akan menentukan balasan di akhirat. Sekiranya amalan itu adalah sebuah kebaikan, maka Allah SWT akan membalasnya dengan kebaikan. Sebaliknya, apabila amalan itu ialah keburukan, akan dibalas jua dengan keburukan. (rujuk al-Isra': 7)
Bagaimana kita boleh konsisten dalam berbuat kebaikan? Berikut beberapa tip mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan pada setiap masa.
Pertama, luaskan maksud kebaikan. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa berbuat kebaikan itu ialah apabila kita menghulurkan bantuan kewangan seperti sedekah dan derma. Sebenarnya, kebaikan tidak terhad sekadar itu. Ia merangkumi segala perkara yang dapat memudahkan urusan orang lain, sebarang tindakan yang dapat mengeluarkan orang lain daripada kesusahan dan menyenangkan hati orang lain. Sekecil mana pun tindakan sekiranya dapat mendamaikan hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan.
Ini termasuklah berwajah ceria dan berseri-seri sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikit pun, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri. (riwayat Muslim)
Kedua, berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Jangan memilih-milih untuk berbuat kebaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa orang yang sepatutnya kita dahulukan dalam memberikan bantuan ialah kaum kerabat yang terdekat. (rujuk al-Baqarah: 177)
Walau bagaimanapun, ia tidaklah menghalang kita untuk memberikan bantuan dan kebaikan kepada orang lain, waima tanpa pertalian darah sekalipun, selari yang telah ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara kita dalam Ops Daulat yang rela mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.
Ketiga, jangan mengharapkan ganjaran daripada manusia. Apabila kita menghulurkan sesuatu bantuan, tidak semua yang akan memberikan penghargaan, apatah lagi untuk membalasnya. Oleh itu, kebaikan itu hendaklah diberi kerana Allah SWT, bukan kerana manusia. Ganjaran itu bukannya datang daripada orang yang menerima kebaikan tersebut, sebaliknya datang daripada Allah SWT, sama ada di dunia, ataupun di akhirat kelak.
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya… (riwayat Muslim)
Keempat, hendaklah sabar dalam berbuat kebaikan. Janganlah kita bosan melakukannya. Kadang-kadang Allah SWT menguji keikhlasan kita. Ada di kalangan kita yang pernah dihina dan dicaci kerana melakukan kebaikan. Rasulullah SAW pernah menerima pelbagai tohmahan demi menyampaikan risalah Islam dan ingin membawa kebaikan kepada umatnya.
Namun, Baginda dan para sahabat RA terus istiqamah dan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan Islam. Tidak pernah diminta sebarang upah dan ganjaran setimpal dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan itu.
Ini adalah disebabkan keyakinan mereka bahawa Allah SWT pasti akan membalas apa yang telah mereka korbankan di dunia ini dengan balasan yang jauh lebih hebat di akhirat kelak. (rujuk al-Mukminun: 111)
Usaha mempertahankan kedaulatan negara daripada penceroboh adalah merupakan kebaikan yang amat besar. Lebih-lebih lagi usaha tersebut memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kita yakin usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan dengan keikhlasan dan keimanan kepada-Nya pasti mendapat kebaikan di sisi Allah SWT kerana berbuat baik pasti dibalas baik. Al-Fatihah

ehsan dari utusan malaysia

Wednesday 13 March 2013

segmen renungan

Renung-renungkanlah fikir-fikirkanlah,

Didalam kehidupan tidak akan ada insan yang mulia dan suci yang tidak pernah mempunyai masa lampaunya dan tidak akan ada yang hina yang tidak mempunyai masa hadapannya, setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah ujian daripada allah untuk melihat sejauh mana hamba-hambanya mengigatinya, renung-renungkanlah fikir-fikirkanlah kerana hanya allah sahaja yang tahu segala-galanya :)